3 Tahun kemudian.
“Sarapan roti lagi Hana?” Tegur Intan setiausaha Dato Hisyam merangkap
Boss mereka.
“Saya dapat makan roti pun dah bersyukur akak”,jawab Hana lirih.
Hatinya sentiasa sayu apabila melihat Hana,Di usia sebegitu pejabat ini
bukan tempat dia,Hana sepatutnya berada di menara gading meraih cita-cita.
“Hana jom kongsi makan nasi lemak ni dengan akak nak?” Intan Sara
mempelawa Hana.
“eh,tak apalah akak,Hana dah kenyang makan rotiii..” belum sempat Hana
menghabiskan ayatnya sesudu nasi lemak berlaukkan kerang selamat di dalam
mulutnya.
“Thanks kak Sara” Hanya ayat itu
mampu di ungkapkan oleh Hana. Pagi itu pantry riuh dengan suara mereka berdua..
Tiba-tiba pintu di bukak dengan kasar,lalu terjengul Marissa
“Hoii,korang ingat pantry office ni bapak korang punya ke,makan berjam-jam
bising mengalahkan binatang kat zoo”.
Intan Sara bangun untuk membalas kata-kata Marissa,namun pantas Hana
Yasmin menarik tangan Intan Sara keluar dari situ.Dia tahu jika di layan
perangai hantu si Marissa pasti nama dia akan di jaja lagi.
“kak Sara jangan layan sangat Hantu tu nanti tak pasal-pasal nama kita
top bulan ni” Ujar Hana Yasmin sambil tersenyum.
“What!!! Hana
panggil dia hantu?” Intan Sara mengulang panggilan Hana kepada Marissa sambil
ketawa.
“Sssssshhhh,perlahan la sikit gelak tu tak pasal-pasal dia muncul
tiba-tiba kat sini,nama lagi hantu boleh muncul kat mana-mana jer yang dia
suka” ujar Hana Yasmin sambil menutup mulut Intan Sara.
Tiba-tiba “Hoi budak tak pergi buat kerja lagi makan gaji buta jer tahu”
jerkah Marissa yang muncul secara tiba-tiba membuatkan Hana Yasmin dan Intan
Sara menjerit serentak kerana terkejut di sergah oleh Marissa dan lintang
pukang mereka berlari dari situ sambil menjerit Hantuuuuuu….
“Gila agaknya mereka berdua
tu,aku yang cun ni diorang cakap hantu” Marissa membebel sendirian sambil
membetul-betulkan rambutnya.
Hana Yasmin memulakan kerja dia pagi itu dengan penuh semangat ini
kerana hari ini adalah hari gaji.Dalam dia asyik mengemop lantai tandas otaknya
lincah mengira-ngira wang simpanan dalam akaunnya yang sudah hampir menjangkau
5 angka.Bagi dia angka-angka tersebut begitu berharga.Dia tersenyum simpul
mengenangkan misinya akan tercapai tidak lama lagi.
“Kak Sara boleh tolong Hana tak? Soal Hana Yasmin sambil mengelip-ngelip
mata sepetnya.
“Tolong apa” balas Intan Sara.
Semenjak dia mengenali Hana Yasmin,jarang sekali Hana Yasmin meminta
pertolongan melainkan dia yang selalu menyusahkan Hana Yasmin.Hana Yasmin
walaupun hanya seorang cleanear di pejabat mereka tetapi tanpa pengetahuan
orang lain Hana Yasmin sering kali membantu nya menaip kertas kerja, pendek kata
bijak pandailah orangnya.nampak macam minah yang tak berpelajaran.
“Hana nak minta tolong akak tempahkan tiket penerbangan pergi dan balik
ke Rusia boleh”soal Hana yasmin perlahan.
“What,Rusia?” Intan Sara terkejut mendengar permintaan Hana Yasmin.
“Yelah,Rusia kenapa? Tukang sapu pejabat ni tak boleh pergi Rusia ke?”
Soal Hana Yasmin kembali
No comments:
Post a Comment