“Kak liza boleh Hana guna internet sekejap?” Hana Yasmin meminta izin
Herliza untuk menggunakan computer peribadinya,untuk memilikinya sendiri
dirasakan dia tidak memerlukanya.
“Pakai je la Hana,akak dah tahu sangat mesti Hana nak bukak Facebook
pakwe hensem tu kan,pakwe Hana ke?” Soal Herliza tanpa berselindung.
Selama ini dia hanya memerhati sahaja Hana membuka Akaun Facebook
seorang jejaka yang cukup kacak di matanya tanpa banyak soal,Hana juga jarang
bercerita kisah hidupnya.Dia hanya tahu Hana seorang yatim piatu.Dia mengenali
Hana Yasmin melalui sahabat baiknya Intan Sara yang bekerja di bawah syarikat
sama dengan Hana Yasmin,Selama Tiga Tahun hidup bersama Hana Yasmin dia begitu
senang dengan sikap Hana Yasmin yang ringan tulang,lembut dan baik budi
bicaranya.
“Ishhh,pandai jer kak liza serkap jarang,”tingkah Hana Yasmin sambil
tangannya lincah menekan papan kekunci sehinggalah terpampar satu persatu
gambar di skrin computer,bibirnya tidak lekang dari senyuman apabila melihat
aksi si jejaka yang mencuit hatinya.
“Kalau bukan pakwe boleh la Hana kenalkan dekat akak nanti,mana la tahu
kan jodoh akak dengan dia duduk rumah mengadap muka hensem dia 24jam pun akak
sangup tau” tutur Herliza bersahaja sambil merebahkan diri di atas katil
empuknya,bibirnya puas dengan senyuman.
“Amboi over betul akak yer,habis kalau duduk rumah 24 jam mengadap muka
masing-masing mana nak datangnyer boreh,ni kahwin bukan nak menambahkan boreh
tapi menghabiskan boreh adalah” Hana Yasmin membalas sambil ketawa.
“Akak tak makan pun tak apa Hana tenguk muka dia pun dah boleh kenyang”
Ujar Herliza tidak mahu kalah.
“Amboi melampau sangat akak tu,belom jadi boleh la cakap,haa bila dah
jadi sendiri tanggung lah yer” Hana Yasmin membalas.
Tiba-tiba Herliza bangun menghampiri Hana Yasmin lalu memegang pipi Hana
Yasmin dengan kedua belah sambil membandingkan muka Hana Yasmin dan juga jejaka
dalam gambar tersebut.
Hana Yasmin sedaya upaya menepis tangan Herliza “apa ni kak liza
pegang-pegang muka orang ni”.
“Hana baik berterus terang dengan akak,siapa mamat ni” soal Herliza
dengan muka yang serius.
Hana Yasmin terdiam seketika otaknya sedang menjana perkataan yang
sesuai untuk di beritahu kepada Herliza,dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui
rahsia dia sama ada Intan Sara mahupun Herliza.Namun sifatnya yang tidak suka
menipu telah memerangkap dirinya sendiri.Menceritakan kepada Herliza umpama
akan merobek luka lamanya.
“Dia…dia…” Hana Yasmin tergagap-gagap untuk memberitahu Herliza.
“Hana siapa dia?” soal Herliza untuk kedua kalinya.
Herliza membaca Nama yang terdapat dalam biodata akaun facebook yang
terpampang dalam skrin komputernya tanpa di halang oleh Hana Yasmin. “Hafiz
Zikir Qaleed” seru Herliza perlahan namun tetap dapat di tangkap oleh
pendengaran Hana Yasmin.
“Hana Yasmin binti Qaleed,Hafiz Zikir bin Qaleed,ini bermakna dia abang
Hana” soal Herliza sambil memandang tepat ke dalam mata Hana Yasmin untuk
mendapatkan kepastian.
“Kenapalah aku tak perasan persamaan di antara mereka selama ini, ishhh
asal la lembab sangat kau ni Herliza” marah Herliza dalam hatinya.sedangkan
baru kali ini dia dapat melihat persamaan yang ketara di antara mereka,mungkin
juga sebelum ini Hana Yasmin berambut panjang,selepas dia memotong rambutnya
separas leher baru lah dia Nampak persamaan di antara mereka.
“Hana..Hana..” panggil Herliza sambil mengongcang bahu Hana Yasmin
apabila tidak mendapat tindak balas Hana Yasmin.
“yer akak” jawab Hana Yasmin” perlahan.
“Cerita lah apa yang telah terjadi” suruh Herliza
Hana Yasmin perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya lalu bergerak
kearah meja solek Herliza dan membelek-belek seketika wajahnya sebelum
duduk semula di atas katil Herliza bersama
keluhan yang panjang.
“ya dia abang kandung Hana,abang yang telah membuang adik kandungnya
sendiri kerana kesilapan yang dilakukan oleh adiknya 8 tahun lepas” cerita Hana
dengan tenang.
Imbas kembali
Imbas kembali
Kelas tingkatan 1 Buhturi riuh pada tengah hari itu kerana ada
pergaduhan di antara dua orang pelajar.Guru pula sedang menghadiri mesyuarat
tergempar yang di adakan dalam pejabat sekolah.
“Ya Allah,Hana” Jerit Hafiz lantang apabila melihat Hana sedang menumbuk
seorang pelajar lelaki dengan kedudukan Hana yang berada di atas pelajar lelaki
tersebut memudahkan lagi dia membelasah pelajar itu bertalu-talu tanpa
henti.Melihat kejadian tersebut Hafiz pantas menarik Hana dan cuba
memberhentikan tindakan Hana dengan memeluk Hana dari arah belakang dan
mengunci pergerakan Hana dengan kedua belah kakinya.Tubuh Hana yang kecil
memudahkan lagi dia memberhentikan Hana daripada meronta.Dia dengan Hana amat
mahir dengan seni persilatan kerana semenjak kecil arwah ayah
mengajarinya.Walaupun sudah hampir setahun ayah mereka meninggal dunia Hafiz
akan memastikan dia dan Hana meluangkan masa untuk berlatih bersama-sama agar
seni warisan ayahnya tidak berkubur begitu sahaja.
“Hana tolong jangan ulangi lagi perbuatan itu tadi,nanti habislah musnah
reputasi abang sebagai ketua pengawas sekolah dan pelajar cemerlang di sekolah
ini” ujar Hafiz.
“Hana tak tahan dengar ejekan diorang yang mengatakan ibu kita janda
sundal abang tahu tak?” ucap Hana geram.
“Biarlah Hana diorang nak cakap apa pun,lama-lama diorang penat diorang
akan berhenti dengan sendirinya percayalah cakap abang” ucap Hafiz sambil
mengosok-gosok kepala Hana.
“Abang,sundal tu sama dengan pelacur kan?” soal Hana separuh berbisik ke
telinga Hafiz.
Hafiz terdiam,hati dia juga seperti Hana,sakit bagai di tusuk duri
apabila ibunya di gelarkan sebegitu,begitu hina ke seorang janda yang bharu
kematian suami bekerja sebagai buruh untuk menyara kehidupan mereka
sekeluarga.Namun untuk menjaga reputasi diri sebagai seorang pelajar cemerlang
dia sanggup menelan segala tomahan yang di dengarinya.
“Jom lah kita balik hari pun dah lewat ni” Ajak Hafiz sambil menarik
tangan Hana agar bangun dari tempat duduknya.
“auchhhh,Hana menjerit apabila Hafiz memaksa dia berjalan.
“Kenapa Hana?” soal Hafiz cemas.
“Kaki Hana sakit la abang Hafiz” adu Hana .
Hafiz pantas menarik kasut yang di pakai oleh Hana.
“Ya Allah bengkak nya,ni mesti kena masa bergaduh tadi,habis lah
abang,apa yang abang nak jawab dekat ibu nanti dik” Hafiz di landa kebimbangan
lebih-lebih lagi melihat bengkak di kaki Hana.
Hafiz mengurut perlahan kaki Hana,di lihat Hana tenang menahan kesakitan
tidak ada setitik pun air mata yang menitis,hanya mukanya sahaja berkerut
menahan sakit.Dia kagum dengan Hana membelasah budak yang lebih senior dari dia
dengan tubuhnya yang kecil itu.
“Hana hari dah makin gelap ni,takkan kita nak tidur kat tepi sungai ni
pulak” Ucap Hafiz sambil matanya melilau melihat alam sekeliling yang semakin
kelam.
Hana cuba berdiri namun dia terduduk balik. “Abang,Hana tak boleh nak
berdiri,sakit sangat”,adu Hana.
“Tadi hero sangat,hah sekarang baru tahu sakit” bebel Hafiz sambil
menyuruh Hana menaiki belakangnya,dia terpaksa mengendong Hana pulang.
“Beratnyer adik abang ni,macam abang pikul tong gas jer” Hafiz menyakat
Hana.
Beberapa minit berlalu Hana tetap diam membisu sehinggalah Hafiz
mendengar dengkuran halus dari arah belakang mengertilah dia bahawa Hana sudah
tertidur.Dia mengeleng-ngeleng kepala beberapa kali sambil tersenyum dengan
telatah Hana yang mencuit hatinya.
Apabila sampai di rumah dia melihat ibunya sedang menunggu mereka di
tangga rumah. “Ya Allah kenapa dengan Hana ni Hafiz?” soal Aisyah cemas.
Dia yang semenjak tadi menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah
terkejut melihat Hafiz mengendong Hana di belakang.
“Hana jatuh tangga tadi bu kaki dia terseliuh” Hafiz terpaksa berbohong
kepada ibunya,dia tidak mahu ibunya risau.
Malam itu Kaki Hana di urut oleh Aisyah
No comments:
Post a Comment