Aku disini mengalungkan rindu yang resah,
Aku disini menghitung harapan,
Aku disini menantikan janji yang hilang,
setiap detik,setiap nafasku ada cintamu.
Selendang Gaza sentiasa dililitkan di atas tudung labuhnya...Selendang pemberian Ammar..Hampir dua tahun berlalu.Selendang itu tetap bersamanya,setia menemaninya kemana sahaja dia melangkah dan kadang kala menjadi pengelap air mata di saat diri menjadi rapuh..Petang itu seperti petang-petang yang lepas,dia akan menghabiskan masanya di tasik buatan Villa Bukit yang terletak di hadapan rumah.Pelbagai ragam manusia dilihatnya,ada yang sedang berjogging,bermain layang-layang dan memberi makan ikan yang terdapat di tasik itu.Angin petang sentiasa mengamit rindunya terhadap angin laut Mediterranean.Empat tahun menuntut ilmu di Universiti Iskandariah,Mesir telah menjadi kebiasaan bayu lembut Mediterranean menyapa lembut wajahnya.
kecantikan laut Mediterranean dan biru langitnya begitu indah..Empat tahun disana telah mengumpul sejuta rasa.Dia mengusap lembut selendang Gaza di bahu,Ada kerinduan disitu.Ammar..diseru nama itu perlahan..Terasa hangat air mata di tubir matanya.Lamunannya diganggu dengan kehadiran Jason tetangga yang dikenalinya dua tahun lepas iaitu semenjak pertama kali pulang ke tanah air selepas tamat belajar.Rumah Jason yang hanya selang sebuah daripada rumahnya membuatkan mereka sering bertemu mata.Dia kagum melihat anak cina itu yang begitu gigih membina kerjaya dalam hidupnya.Baru berusia 28 tahun tetapi sudah memiliki syarikat sendiri
"Hai Nur"sapa Jason lalu melabuhkan diri di bangku sebelah.
Rutin hariannya iaitu berjogging pada setiap petang telah mempertemukan dia dengan Nur Aina Sofea Binti Umar.Nur seorang pemurah dengan senyuman dan ramah orangnya membuatkan dia senang berkawan dengan Nur.Dan juga sering membuatkan jantungnya di landa debaran yang hebat setiap kali menatap wajah itu.Tetapi di sebalik keayuan wajah itu bagai menyimpan sejuta rahsia.Nur sering kali dilihat khayal dalam dunianya sendiri dan kadangkala dilihat menitiskan air matanya tetapi bijak menyembunyikan daripada orang lain tetapi tidak baginya.Pasti ada cerita di sebalik kesayuannya wajah itu.
"Hai Jason"petang ini sudah berapa kali you pusing tasik ini? Nur menanya ramah.
Jason menunjukkan lima jarinya mewakili lima kali pusingan yang sudah di lakukannya.
"You bila mau lumba sama saya" tanya Jason sambil tersenyum.
"Saya mana larat nak lari macam kamu,baru satu pusingan sudah semput"jawab Nur bersahaja.
Dia ke tasik itu bukan untuk berjogging tetapi ingin melihat langit dan juga keindahan tasik di situ.
Jason hanya mengeleng-geleng kepalanya jawapan Nur itu sudah dia hafal semenjak dua tahun lepas.
"Alasan sama juga you kasi dekat i"Jason menarik muka menunjukkan protes.
Nur hanya tersenyum melihat gelagak Jason"You jangan buat muka macam tu,nanti semua gadis yang suka dekat you habis lari tinggalkan you,nanti you jugak yang susah". Ucap Nur sekadar untuk bergurau.
"I tak kisah sebab you boleh kahwin sama i,i lagi suka" Jawab Jason bersahaja.
Ya dia memang sukakan Nur Aina sofea semenjak pertama kali melihat wajahnya.Cinta pandang pertama.Tetapi dia sedar bukan mudah untuk memikat Nur Aina Sofea dan banyak halangan yang perlu dia tempuh untuk menjadikan Nur miliknya.Mereka berbeza segala-galanya.Dia tidak boleh berputus asa,walaupun hati Nur dingin membeku,dia akan sedaya upaya mencairkannya walaupun terpaksa menunggu lama.
"You ni mengarutlah Jason,okey la Nur balik dulu ya dah lewat ni",Nur meminta izin lantas bangun dari kerusi lalu meninggalkan Jason.
Jason menghantar Nur dengan pandangan sehingga hilang kelibat Nur di sebalik orang ramai yang turut berada di tasik itu...Lalu dia menyanyi perlahan lagu yang dipopularkan oleh Chistina Perri, A Thousand Years perlahan, baginya lagu tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along believed I would find you
Time has brought heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
*********
"Ya Allah,Ammar" Nur tersedar dari mimpinya.Dia mengambil selendang Gaza pemberian Ammar lalu memeluknya.
"Ammar bagaimana keadaan awak sekarang??,Ammar,saya menanti kepulangan awak,saya berharap awak akan pulang jugak suatu hari nanti" Nur Aina Sofea bersuara lirih ada sendu disitu.
Hatinya sakit kerana ditinggalkan begitu sahaja,tetapi jiwanya sarat dengan kerinduan terhadap sang kekasih hati.
Hatinya sakit kerana ditinggalkan begitu sahaja,tetapi jiwanya sarat dengan kerinduan terhadap sang kekasih hati.
"Ya Allah, kenapa engkau mencampakkan rasa cinta yang dasyat ini ke dalam jiwa hamba mu yang lemah ini" Nur merintih dalam tangisnya.
Bukan dia tidak pernah cuba untuk melupakan Ammar,tetapi rasa yang sarat itu tidak pernah lupuk dari jiwanya.Andai dapat rasa itu di delete dari hidupnya ingin sahaja dia delete dan membuka folder baru.Tetapi apakan daya dia bukan sebuah komputer yang senang untuk save data bila memerlukan dan delate apabila tidak memerlukan lagi.Kenangan itu sentiasa menghantui dirinya.
Masih Basah diingatannya pertemuan terakhirnya dengan Ammar.
Pada petang itu selepas habis kuliah,dia bergegas ke kafeteria yang dijanjikan untuk pertemuan tersebut.
Mereka di temani oleh sahabat Ammar, iaitu Muhammad Uwais dan isterinya Nurul Imani,mereka merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja empat bulan mendirikan rumah tangga dan merupakan penuntut tahun akhir di situ.Pasangan yang sangat bahagia pada pandangan matanya.Pertemuan di antara dia dan Ammar akan diiringi sahabat-sahabat lain agar tidak terarah ke arah yang tidak di redhai Allah.Begitulah mereka menjaga pergaulan agar tidak terlalu bebas.
"Assalamualaikum,maafkan ana sedikit terlewat",dia meminta maaf ke atas kelewatannya.Salamnya dijawab serentak,seraya dia menghulurkan tangan ke arah Nurul Imani dan memeluknya erat serta melaga kedua belah pipi mereka,tanda ukhwah yang terjalin.Beberapa minit menyepi Ammar mula bersuara.
"Nur,mungkin ini pertemuan terakhir kita,ana sudah membuat keputusan untuk menjadi doktor sukarelawan di hospital syuhada al-aqsa,semenanjung Gaza".Ammar memberitahu keputusan yang besar dalam hidupnya yang mana akan menghancurkan hati seorang insan yang dia sayangi.
Berita tersebuat membuatkan Nur sedikit kaget,lidahnya kelu.Akhirnya selepas beberapa detik mendiamkan diri dia meluahkan juga apa yang berada di fikiran
"Bukankah kita sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga sebelum tamat pengajian di sini" Nur bersuara lirih.
"Nur,maafkan Ammar kerana terlanjur memberi harapan kepada Nur selama ini,Ammar juga inginkan hubungan kita seperti yang di rancangkan,tetapi Ammar mempunyai misi lain,Ammar ingin merasai sendiri derita bersama-sama rakyat Palestin,walaupun Ammar tahu mungkin Ammar tidak mampu untuk megangkat senjata seperti mereka,namun ilmu perubatan yang Ammar miliki sedikit sebanyak mampu membantu meringankan kesakitan mereka" luah Ammar.
Dia ingin Nur Aina sofea memahami niat sucinya.Ya dia tahu perkahwinan juga merupakan satu jihad.Namun Jihad yang lebih besar adalah jihad di jalan Allah,membantu saudara seagama di Palestin adalah tanggungjawab seluruh umat yang mengaku dirinya muslim.Dan dia sudah nekad.Ada misi yang perlu dilaksanakan sebelum dia meninggalkan alam ini.
"Mengapa perlu takut untuk mati?ajal maut itu Allah yang menentukan",itulah kata-kata terakhir Ammar sebelum tamatnya pertemuan di antara mereka,dan selendang Gaza di tangannya kini merupakan hadiah daripada Ammar pada petang itu.
Sebaik pulang daripada pertemuan tersebut air mata menjadi sahabatnya saban malam sehingga tamat pengajian dan pulang ke Malaysia dengan segulung Ijazah.Dan Ammar semenjak itu dia sudah tidak mendapat beritanya.
"Ya Allah, andai dia bukan untukku engkau hilangkan lah rasa ini, agar damai jiwaku ini,"doa Nur panjang dalam solat malamnya seperti malam-malam sebelumnya.Malam itu lenanya ditemani air mata.
* * *
Dia membelek-belek kalendar di atas meja.Nur tersenyum gembira melihat baki persekolah hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum cuti pertengahan tahun bermula.Sebagai seorang guru,cuti sekolah amatlah di nanti-nantikannya.Seperti tahun lepas dia akan terbang ke bumi kundasang,ke teratak bonda.menjenguk insan mulia yang telah membesarkan Ammar dari sekecil tapak tangan sehingga menjadi orang berguna.Ammar dilahirkan seorang yatim piatu.Ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika usianya dua bulan.Oleh disebabkan tidak ada saudara yang sanggup untuk menjaganya lalu dia di hantar ke teratak bonda untuk melangsungkan hidup sebagai yatim piatu.
* * *
Cuti pertengahan tahun menjelma jua.Perancangan untuk ke sabah sudah lama diketahui oleh Abi dan umminya.Mereka dengan senang hati melepaskan Nur ke sana,kerana Haji Umar dan Hajah Fatimah tahu Bonda akan menjaga anak gadisnya dengan baik.Mereka sendiri pernah menjejakkan kaki ke teratak bonda pada cuti hujung tahun lepas untuk menemani Nur Aina Sofea ke sana.Mereka yang akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah akan bertolak sehari selepas Nur ke Kota Kinabalu.Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk satu-satunya anak gadis kesayangannya itu.kegembiraan Nur adalah kegembiraan buat mereka berdua.Selepas melahirkan Nur dia disarankan agar tidak melahirkan anak lagi,ini kerana komplikasi ketumpahan darah yang agak teruk ketika melahirkan Nur 25 tahun yang lepas.Nur adalah satu-satunya permata yang mereka miliki di dunia ini.
* * *
Setelah 2jam 50 minit berada dalam pesawat Malaysia Airlines,Akhirnya bumi di bawah bayu di jejakinya untuk kesekian kali.Kedatangannya di jemput sendiri oleh bonda di lapangan terbang kota Kinabalu bersama pemandu Teratak Bonda iaitu Pak Budi warga Indonesia yang menetap di daerah kundasang semenjak kecil lagi.Perjalanan di teruskan ke pekan kundasang yang terletak lebih kurang 100km daripada Kota Kinabalu.Mereka sampai ke teratak bonda agak lewat kerana hujan yang turun renyai-renyai melambatkan sedikit perjalanan, ini kerana jalan menuju kundasang berbukit-bukit dan agak curang,apatah lagi hari hujan.
Selepas menunaikan solat subuh berjemaah bersama warga teratak bonda yang terdiri daripada anak-anak kecil yang berusia lingkungan 15 tahun paling besar dan 4 tahun paling kecil Bonda mengadakan sedikit kuliah subuh.Setiap kali bersama mereka dia terasa ada kedamaian disitu.Apabila melihat wajah-wajah suci mereka kekosongan dalam dirinya mulai terisi.Disitu juga dia mencari secebis kedamaian yang sudah di bawa pergi oleh Ammar.Menatap wajah bonda dan mendengar nasihat bonda sebagai halwa telinga sedikit sebanyak menjadikannya insan yang tabah.Bak kata Bonda ubat yang paling mujarab ialah Redha.Ya dia perlu redha dengan takdir hidupnya..
Setelah usai bersarapan Nur mengendalikan aktiviti senaman ringan bersama-sama dengan anak-anak teratak bonda.Bonda yang berdiri di halaman hanya tersenyum melihat ulah Nur Aina Sofea yang begitu ceria melayan kerenah anak-anaknya pada saat itu.Walaupun kehadiran Nur Aina Sofea pertama kalinya agak mengejutkan namun diterima dengan tangan yang terbuka.Nama itu juga sering kali di sebut oleh Muhammad Ammar apabila pulang bercuti atau menghubunginya melalui telifon.Masa pantas berlalu,bagai baru semalam terngia-ngia tangisan Nur Aina Sofea sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di teratak bonda 2 tahun lepas.Kehadirannya hanya niat yang satu,ingin mendekatkan diri dengan insan kesayangan Ammar.Begitu murni niat Nur dirasakan.Dari mata Nur dia dapat melihat begitu sarat kerinduan terhadap Ammar.Simpatinya terhadap Nur melimpah ruah.Namun apakan daya jalan hidup Ammar begitu berliku semenjak di lahirkan,kehilangan orang tua dan sekarang menderita kesakitan.Kesakitan yang di minta agar dirahsiakan daripada pengetahuan Nur.Agar Nur redha dengan pemergiannya nanti,agar Nur tidak terasa terbeban dengan pemergiannya nanti,dia ingin Nur hidup bahagia bersama insan lain.Begitu kasih Ammar terhadap Nur namun tidak melebihi cintanya terhadap Penciptanya.Cintanya hanya fitrah cinta sesama manusia yang mana diiringi dengan niat untuk berkahwin namun setiap perancangan Allah jua yang maha mengetahui.Bonda mengesat air mata yang mula menitis di pipi,dia juga seperti Nur teramat rindukan Ammar.
Setelah sejam melakukan senaman ringan,Nur menyuruh anak-anak teratak bonda membersihkan diri kerana selepas ini dia akan mula mengadakan kelas tambahan kepada mereka,begitulah rutinya apabila menjejakkan kaki di sana.Selepas semua anak-anak teratak bonda menghilangkan diri ke dalam bilik masing-masing,Lalu dia megambil sedikit kesempatan tersebut untuk menyelusuri jalan sedikit berbukit yang terletak di belakang teratak bonda untuk ke tempat yang selalu di sebut-sebut oleh Ammar,tempat itu juga menjadi kesukaannya apabila berada di teratak bonda.Tempat di mana terdapat sebongkah batu besar di bawah sepohon pokok rendang yang mana menjamukan pemandangan pekan kundasang.Berlatarkan kehijauan bukit di sekeliling pekan dan berlangit biru sering kali memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat kesempurnaan ciptaan Allah itu.Dia mengusap perlahan bongkah batu itu,disitu lah tempat Ammar akan melepaskan lelahnya apabila penat bermain.Lalu Nur melabuhkan duduk di atas batu tersebut.Dia mula hanyut dalam kenangan sendiri.
Dia mengimbau kembali detik perkenalannya dengan Ammar.Pada malam itu sahabatnya Nur Sakinah deman panas dan mereka sudah kehabisan ubat-ubatan.Melihat kesakitan yang ditanggung oleh sahabatnya itu dia nekad meredah kesunyian malam untuk ke kedai berdekatan.Dalam perjalanan ke kedai,dia tidak perasan bahawa dirinya sudah di ekori oleh pemuda arab yang hanya menunggu masa untuk menyerangnya.Sebaik tiba di lorong yang agak sunyi dia telah ditarik oleh tangan kasar ke tempat yang agak terselindung.Pada masa itu dia hanya mampu berdoa agar tidak di apa-apakan oleh pemuda arab tersebut dan terus-terusan berdoa kepada Allah agar di sampaikan pertolongan.Oleh disebabkan dia masih di tahun pertama bahasa arab masih terbatas dan dia hanya menjerit meminta tolong,disaat gentir itu segala tatabahasa arab yang di pelajari bertebaran.Saat dirasakan tangan kasar itu cuba menarik tudungnya lantas dipejamkan mata,tidak sangup untuk melihat dan membayangkan apa yang akan di lakukan,air mata laju membasahi kedua belah pipinya.Takut!.Dengan izin Allah seorang pemuda yang kebetulan melalui jalan tersebut mendengar suaranya yang agak lemah itu.Dalam kesamaran kegelapan malam yang hanya diterangi lampu jalan yang agak suram dia dapat melihat pergelukan berlaku di antara dua orang lelaki,Selepas beberapa minit dia melihat salah seorang daripada mereka berlari meninggalkan tempat itu.
Tiba-tiba satu suara menegur.
"Awak dari Malaysia?"soal Pemuda itu.
Selepas mendengar suara itu,hanya kalimah syukur yang mampu di lafazkan.Nur hanya menganggukkan kepala,dirinya yang masih dibelenggu ketakutan hanya mampu menganggukkan kepala.Dia melilihat pemuda itu membuka selendang yang dililit di bahu lalu menghulurkan kepadanya.
"Nah,ambil selendang ni buat menutup tudung awak yang sedikit terkoyak itu" ujar pemuda tersebut .
Dia mula membelek-belek tudung yang di pakai,barulah dia perasan tudungnya sedikit terkoyak,lantas di ambil selendang pemberian pemuda itu lalu menutup bahagian tudungnya yang terkoyak itu.
"Awak tidak tahu peraturan ke?,pelajar akhawat tidak dibenarkan keluar pada waktu malam?,Sudah banyak kes pelajar yang di perkosa dengan kejam,awak tidak boleh pandang ringan masalah ini.saya harap awak tidak mengulangi lagi",ucap pemuda itu.
"Maafkan saya,kawan saya deman panas bekalan ubat-ubatan kami sudah habis,disebabkan itu saya nekad ke kedai membeli ubat tersebut." Nur aina sofea menjelaskan dengan tangis yang masih bersisa.Dia tahu dia salah perhintungan,di malaysia pun belum tentu dia selamat jika berjalan keseorangan pada waktu malam.Dia lupa akan itu setelah melihat Sakinah menahan kesakitan.
"Awak tinggal dimana?mari saya hantarkan awak balik" Pemuda itu memberi pertolongan buat kali kedua,dia meminta Nur berjalan di hadapan agar tidak berlaku kesalah fahaman di antara mereka.
Sebaik sampai di hadapan rumah penginapan Nur,Pemuda itu menghulurkan sekeping Panadol.Huluran disambut lemah oleh Nur Aina sofea tangannya mengeletar menunjukkan dirinya masih dalam trauma kerana hampir di rogol oleh pemuda arab itu tadi.Dia tidak dapat membayangkan jika tidak ada pertolongan yang datang.Kemungkinan dirogol,sekaligus dibunuh."Allahu Rabbi" lafaz Nur dalam hati.
"Awak banyak-banyak berselawat ke atas nabi mudah-mudahan ketakutan awak akan reda"nasihat pemuda itu,dia kasihan melihat wajah gadis dihadapannya yang begitu ketakutan.
"Ingat jangan sesekali keluar pada waktu malam,kalau inginkan apa-apa bantuan hubungi sahaja perwakilan pelajar Malaysia,InsyaAllah dia akan membantu awak",pemuda itu mengigati Nur buat kesekian kalinya."Ana minta diri dahulu Assalamualaikum" lantas berlalu pergi tanpa sempat Nur mengucapkan terima kasih.
Pertemuannya dengan Ammar buat kali keduannya adalah di hadapan laut Mediteranean,kala itu dia asyik merenung langit yang begitu cantik pada pandangannya.Dia tersangat sukakan langit dan lautan.
"Merenung lautan atau mengintai langit?"soal Ammar tanpa menoleh ke arah Nur.Dia masih menjaga batas di antara mereka.Apabila melihat Nur tidak berseorangan barulah dia berani untuk menyapa gadis itu.
Nur Aina Sofea yang di temani oleh Nur Sakinah pada petang itu terkejut ditegur oleh suara yang sering menghantui dirinya semenjak peristiwa hampir di rogol minggu lepas.Dia pernah cuba mencari jejaka yang sudah menjadi penyelamat dirinya tetapi hampa,dia sendiri tidak tahu nama pemuda tersebut.
"Awak?" Nur Aina Sofea terkejut disapa oleh pemuda yang telah menyelamatkan dirinya pada malam hitam tersebut.
"Ana Muhammad Ammar bin Abdullah,panggil sahaja ana Ammar" Ammar mempelkenalkan dirinya.
"Saya Nur Aina Sofea binti Umar" pelajar tahun pertama jurusan usuluddin dan awak" Nur bertanya ramah.
"Ana pelajar tahun ketiga jurusan perubatan" Jawab Ammar bersahaja.
"Saya nak ucapkan syukran jazilan kerana telah menyelamatkan saya pada malam itu,jikalau awak tidak datang tepat pada masanya,saya tidak tahulah apa yang akan terjadi",luah Nur.
"Ucaplah syukur kepada Allah, kerana Dia yang mengerakkan hati saya untuk melalui jalan itu pada malam tersebut"balas Ammar.
Apabila terpandang selendang di bahu Ammar barulah dia teringat untuk memulangkan balik selendang yang di beri oleh Ammar pada malam kejadian itu,lalu dia mengagau ke dalam beg sandang miliknya dan menarik selendang yang sememangnya sering dibawa kemana sahaja dia pergi dengan niat untuk mengembalikan kepada tuanya nanti.
"Selendang awak" ucap Nur lantas menghulurkan kepada Ammar.
Huluran bersambut lalu Ammar melilit di lehernya."Selendang ini di hadiahkan oleh Murabbi saya,terima kasih kerana memulangkan kembali".
Selendang Gaza begitu sinonim dengan Ammar,kemana sahaja dia pergi pasti selendang itu setia di batang lehernya.Semenjak peristiwa di pantai,bagaikan ditakdirkan pertemuan demi pertemuan berlaku secara kebetulan.Mereka juga sering bertemu dalam majlis-majlis yang di anjurkan oleh perwakilan pelajar Malaysia.
"Kak Nur...Bonda panggil pulang,ada tetamu nak jumpa" Amirul salah seorang penghuni di teratak bonda memanggilnya sekali gus meleraikan kenangan ketika saat-saat awal perkenalannya dengan Ammar dahulu.Ada air hangat di tubir mata,lantas di kesat dengan selendang Gaza.
Nur melambai-lambaikan tangan sambil menunjukkan isyarat ok.Lalu dia berjalan turun daripada bukit untuk pulang ke teratak,dia tidak mahu tetamu yang di katakan oleh Amirul menunggunya lama.Tetapi hatinya masih tertanya-tanya siapakah tetamu itu,setahunya dia tidak pernah menerima tetamu setiap kali dia berkunjung ke teratak tersebut.
Sebelum masuk ke pejabat bonda,Nur mengemaskan sedikit tudungnya dan membetulkan selendang Gaza yang melorot di bahu.Apabila mendengar bonda menjawab salam yang diberi dan mengizinkan dia masuk,baru lah dia membuka pintu dan melangkah masuk ke pejabat urusan teratak bonda,dia memandang sekilas seorang pemuda yang duduk berhadapan bonda.Siapakah dia?Nur berteka-teki sendirian.yang pasti ini pertama kali dia melihat pemuda itu.
Pagi itu dia dan bonda dikejutkan dengan kedatangan Iman Harith sahabat Ammar.Apabila nama Muhammad Ammar disebutnya,terasa dadanya dipalu hebat.
"Maafkan Ana,kedatangan Ana hanya untuk menyampaikan amanah arwah Ammar.Arwah meninggal dunia dua bulan lepas kerana menghidap barah otak." tutur Iman Harith perlahan.
"Ya Allah",Nur menangis dalam pelukan bonda.Berita itu bagaikan ledakan bom yang mampu membunh jiwa-jiwa yang rapuh."Allah....Allah..."Nur mengucap dalam lemah.
"Sabar Nur,Allah lebih sayangkan Ammar" Bonda turut mengalirkan air mata,anak asuhannya sudah meninggalkan dirinya terlebih dahulu.Tiada kata-kata yang dapat digambarkan kecuali air matanya turut mengalir menangisi pemergian anak tersayang.Ya dia sudah tahu tentang penyakit Ammar sebelum Ammar berangkat ke Gaza pemergian Ammar ke sana juga diizinkan demi agama.Dia tahu Ammar seorang pencinta keamanan"Bonda redha nak,semoga Allah menemukan kita di akhirat kelak" doa Bonda perlahan sambil mengosok bahu Nur untuk memberikan sedikit kekuatan.
Iman Harith kaget melihat kesedihan Nur dan juga bonda.Tangisan mereka sedikit sebanyak menyentuh hatinya.Di tinggalkan insan tersayang amatlah memeritkan.Tetapi janji Allah itu pasti tidak lewat walaupun sesaat.Bahkan dia juga pasti bakal menempuh juga saat tersebut,entah dimana dan bagai mana caranya nanti Kepada Allah jua tempat berserah.Dia tidak menyangka akan bertemu Nur Aina Sofea di kundasang,daripada kaca matanya dia dapat melihat kesetiaan Nur Aina sofea seperti mana Ammar.Tetapi cinta itu bukan milik mereka.Allah lah jua sebaik-baik penentu segala-galanya.
"Nur ketahuilah Arwah amat mencintai Nur sehingga Nafas terakhirnya.Selain bonda hanya nama Nur yang kerap di sebutnya.Langit Gaza menjadi saksi kesetiaan Ammar,Setiap petang Ammar pasti naik ke bumbung hospital untuk melihat langit,dia katakan bahawa Nur paling suka melihat langit petang dan dia berharap Nur melakukan hal yang sama walaupun berada di tempat yang berbeza dan jauh sekali tetapi tetap memandang langit yang sama" Iman harith menceritakan dengan suara yang lirih.dia juga sebagai mana Nur dan juga bonda terasa sebak di dada,Ammar seorang sahabat yang terlalu baik baginya.
Iman Harith menyambung kembali cerita selepas beberapa minit berhenti untuk menghilangkan rasa sebak didada."Bukan dia sengaja untuk tidak menunaikan janji untuk menjadikan Nur halal baginya,tetapi dia sedar kebahagianya tidak akan lama,penyakit yang menyerang dirinya akan memusnahkan kegembiraan Nur nanti.Ammar tidak sanggup menjadi beban kepada Nur, ini kerana dia tahu hayatnya tidak akan lama.Walaupun dia seorang doktor tetapi dia hanya manusia biasa yang akan menempuh saat-saat kematian".
"Dia juga tidak menghubungi Nur selama ini kerana dia takut akan menambah derita Nur lagi,dia juga takut tidak kuat untuk mendengar tangisan Nur.Rindunya hanya diluahkan pada langit Gaza.Dia ingin melihat Nur hidup bahagia.Sebagai sahabat yang paling akrab dengan arwah Ammar saya harap Nur tunaikan permintaan arwah agar meredhai pemergiannya dan menjalani hidup dengan bahagia.Hargailah insan yang ada disekeliling kita selagi hayat masih ada" ujar Iman Harith dengan suara yang cukup sayu di pendengaran Nur.
"Nur ini diari milik Arwah Ammar, dia amanahkan kepada ana untuk disampaikan kepada Nur" lalu Iman Harith menghulurkan diari berwarna hijau yang cukup di kenalinya.
Ya diari itu yang dia hadiahkan kepada Ammar pada ulang tahun Ammar yang ke 24 tahun.Di sambut diari dengan tangan yang mengigil lalu dia rebah tidak sedarkan diri.
* * *
Malam itu selepas solat Tahajjud di sepertiga malam.buat pertama kalinya dia membuka diari milik Ammar.Bibirnya bergetar hebat menahan tangis.
24 Sep 2010
Aku disahkan menghidap barah otak peringkat kedua.Harapan untuk pulih 50-50..ya Allah berat ujian mu ini..
10 Nov
Nur maafkan Ammar...aku melihat air mata itu mengalir,,,aku juga merasa kesakitannya..
1Jan 2012
Langit Gaza menangis lagi dengan kekejaman yang di lakukan oleh Israel laknatullah.Hari ini kesakitan yang ku rasa sedikit sahaja daripada kesakitan yang tidak berpenghujung yang ditanggung oleh penduduk Gaza.
2 March 2012
Langit Gaza begitu cantik dengan udara dinginnya.Aku bersyukur dapat menatapnya lagi.Adakah Nur sedang menatap langit yang sama ini.
5 March
Kesakitan yang ku alami semakin kerap,Ya Allah...Semoga kesakitan ini dapat menghapus segala dosa-dosaku..
10 March
Rindu itu menyapa lagi..
Nur Aina Sofea Binti Umar,namamu seindah dirimu..
Bertemu dirimu adalah satu takdir,
Menjadi sahabatmu adalah pilihanku,
Tetapi untuk jatuh cinta kepadamu bukanlah satu kebetulan,
Kerana ia adalah takdir dari yang Esa.
Helaian demi helaian di baca dengan linaran air mata yang tidak dapat di tahan lagi.Diari Ammar basah dengan air mata miliknya.Akhirnya ledakan kuat terluah jua,tangisannya tidak dapat ditahan lagi,di peluk diari Ammar erat.Begitu berat ujian yang di tanggung oleh Arwah Ammar dirasakan pada saat ini.Diari yang penuh dengan kisah perjuangan Ammar di Bumi suci dan cita-cita yang tidak kesampaian.Kesedihannya tidak dapat di bendung lagi.Terasa dadanya bagai di hunus dengan belati,terasa sakit disitu.
* * *
Sebulan selepas peristiwa di kundasang.
Sekembalinya dia ke semenanjung untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.sekembalinya pada kali ini bukan seperti sebelumnya hanya kepulangan dengan tangan yang kosong,tetapi kali ini bersama diari arwah Ammar.Petang itu dia setia menghuni bangku berhadapan dengan tasik di bawah langit Illahi nan indah.Kedatangannya pasti bertemankan diari hijau milik Arwah Ammar.Dibaca berulang-ulang.Dirinya terasa dekat dengan arwah Ammar.Pengorbanan Ammar membuka matanya kepada penderitaan rakyat Palestin.Semoga roh Ammar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,doa Nur saban waktu.
"Assalamualaikum Nur Aina Sofea" sapa Jason lalu berlabuh di kerusi bertentangan dengan Nur.
Tanpa menjawab kalimah suci itu terlebih dahulu Nur terus memarahi Jason "Jason awak tak boleh main-main dengan kalimah suci itu,saya tak suka".
"Nur dengar apa yang saya nak cakapkan,saya muslim sekarang", Jason berterus-terang.
"Sejak Bila"?,tanya Nur dengan riak yang tidak percaya.
"Semenjak saya mengenali awak",jawab Jason.
Ya semenjak pertama kali melihat Nur Aina Sofea menjadikan dirinya semakin yakin untuk memeluk agama yang suci itu.Dengan melihat kewarakan Nur,tutur kata yang lembut,seorang muslimah yang taat agama dan ibu bapa.
"Tapi kenapa baru sekarang awak bagi tahu saya,maafkan saya marah awak tadi".Ada nada kesal disitu.
"Ya,saya tahu,mesti awak terkejut kan...saya tak salahkan awak pun Nur".
"Salah saya jugak lambat bagi tahu awak tentang keislaman saya.Nama Jason dah berkubur semenjak dua yang lepas,sekarang saya nak awak panggil saya Azzam,Muhammad Azzam Lee Abdullah. Azzam mempelkenalkan nama islamnya.
Nur melafazkan rasa syukur dalam hatinya kerana Allah telah melorong cahaya hidayah terhadap seorang lagi hambanya.Doanya semoga Azzam istiqomah dalam mendalami agama islam.
* * *
Setelah setahun berlalu....
Setelah beberapa jam melalui satu fasa baru dalam hidupnya.Akhirnya dia berjaya menempuh daerah tersebut dengan rasa syukur kerana masih di beri peluang untuk bernafas di bumi milik yang Esa.Segala kesakitan yang di tempoh terasa berbaloi kerana kini dia sudah menjadi seorang ibu.
"Abang tolong ambilkan Nur"...
"Nah,selendang Gaza sayang"pantas Azzam menghulurkan selendang kesayangan isterinya.Apabila melihat isterinya tidak menyambut huluran tersebut pantas Azzam meletakkan di atas bahu isterinya.Ya,semenjak menjadi suami kepada Nur Aina Sofea Binti Umar dia sudah dapat menerima hakikat bahawa selendang Gaza itu sudah tidak di pisahkan dengan isterinya.
Air mata jernih Nur laju menuruni matanya.Dirasakan dirinya begitu kerdil pada saat itu,betapa Allah telah menggantikan kasih sayang yang begitu indah buatnya.kasih sayang seorang suami,betapa besar pengorbanan Muhammad Azzam dirasakan.Menerima segala kelemahan dirinya.
Setahun lepas saat lamaran Azzam mengetuk dirinya,pada waktu itu dia masih teragak-agak untuk menerima lamaran tersebut.Namun selepas melihat kesungguhan Azzam untuk menerima segala kelemahan dirinya mula membuka hatinya untuk menerima Muhammad Azzam Lee Abdullah sebagai suami.Melihat kesabar sang suami dalam meraih cintanya juga membuatkan dia mulai belajar untuk menerima Azzam.Kelembutan Azzam dalam melayari bahtera rumah tangga mereka juga memikat hatinya.Kisah di antara dia dan Ammar sudah Azzam ketahui melalui penceritaan Abi dan ummi,dia dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.Kerana katanya setiap orang pasti ada kenangan masing-masing.Dan Ammar sudah menjadi kenangan yang akan diingati selalu.
Melihat tangisan sang isteri hati Azzam di rundung cemas"kenapa sayang,ada rasa sakit kat mana-mana ke?" soal Azzam cemas.
"Nur tak sakit bang" jawab Nur perlahan.
"Tapi kenapa sayang menangis?" Muhammad Azzam diselubungi tanda tanya.
"Nur nak Abang ambilkan Anak kita,bukan selendang Nur"pinta Nur perlahan.
Barulah Azzam mengerti.
"Alhamdulillah ya Allah,engkau telah mendengar doa hamba ini Ya Allah...Ya Allah aku bersyukur di atas kurniaanMu ini walaupun aku harus menunggu sejuta tahun lagi",lirih suara Azzam di dalam hati.Air matanya hangat membasahi pipi.Tangis kegembiraan.
Dia terus mengangkat anaknya yang sedang nyenyak tidur lalu di hulurkan kepada isterinya.
"Nur nak kita bukak lembaran baru,kita mulakan hidup baru ya,Nur nak lupakan perkara yang lepas sebab Muhammad Ammar sudah menjadi kenangan lalu,Abang dan anak kita adalah masa hadapan Nur.
Dan sekarang Allah menganugerahkan Nur, Muhammad Ammar yang baru.Muhammad Ammar Danish bin Muhammad Azzam Lee.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa melimpahkan rahmat dan kurniaan mu kepada insan yang lemah ini Nur berdoa dalam hati.Sesungguhnya Allah itu Maha adil lagi maha penyayang terhadap hamba-hambanya,tidak ditimpakan beban yang tidak mampu di tanggung oleh hambanya,Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Dan ingatlah bahawa setiap kekecewaan adalah kemenangan yang tertunda.Semoga bahagia milik hamba-hambaNya yang bersabar.
Wallahualam.
Maaf, siapakah pengarang cerpen ini?
ReplyDeleteSay penulisnya...kenapa ya???
Delete