Tolong Klik Boleh??

Monday, 4 June 2018

Takdir antara kita

Bab 3

“Kak liza boleh Hana guna internet sekejap?” Hana Yasmin meminta izin Herliza untuk menggunakan computer peribadinya,untuk memilikinya sendiri dirasakan dia tidak memerlukanya.

“Pakai je la Hana,akak dah tahu sangat mesti Hana nak bukak Facebook pakwe hensem tu kan,pakwe Hana ke?” Soal Herliza tanpa berselindung.

Selama ini dia hanya memerhati sahaja Hana membuka Akaun Facebook seorang jejaka yang cukup kacak di matanya tanpa banyak soal,Hana juga jarang bercerita kisah hidupnya.Dia hanya tahu Hana seorang yatim piatu.Dia mengenali Hana Yasmin melalui sahabat baiknya Intan Sara yang bekerja di bawah syarikat sama dengan Hana Yasmin,Selama Tiga Tahun hidup bersama Hana Yasmin dia begitu senang dengan sikap Hana Yasmin yang ringan tulang,lembut dan baik budi bicaranya.

“Ishhh,pandai jer kak liza serkap jarang,”tingkah Hana Yasmin sambil tangannya lincah menekan papan kekunci sehinggalah terpampar satu persatu gambar di skrin computer,bibirnya tidak lekang dari senyuman apabila melihat aksi si jejaka yang mencuit hatinya.

“Kalau bukan pakwe boleh la Hana kenalkan dekat akak nanti,mana la tahu kan jodoh akak dengan dia duduk rumah mengadap muka hensem dia 24jam pun akak sangup tau” tutur Herliza bersahaja sambil merebahkan diri di atas katil empuknya,bibirnya puas dengan senyuman.

“Amboi over betul akak yer,habis kalau duduk rumah 24 jam mengadap muka masing-masing mana nak datangnyer boreh,ni kahwin bukan nak menambahkan boreh tapi menghabiskan boreh adalah” Hana Yasmin membalas sambil ketawa.

“Akak tak makan pun tak apa Hana tenguk muka dia pun dah boleh kenyang” Ujar Herliza tidak mahu kalah.

“Amboi melampau sangat akak tu,belom jadi boleh la cakap,haa bila dah jadi sendiri tanggung lah yer” Hana Yasmin membalas.

Tiba-tiba Herliza bangun menghampiri Hana Yasmin lalu memegang pipi Hana Yasmin dengan kedua belah sambil membandingkan muka Hana Yasmin dan juga jejaka dalam gambar tersebut.
Hana Yasmin sedaya upaya menepis tangan Herliza “apa ni kak liza pegang-pegang muka orang ni”.

“Hana baik berterus terang dengan akak,siapa mamat ni” soal Herliza dengan muka yang serius.

Hana Yasmin terdiam seketika otaknya sedang menjana perkataan yang sesuai untuk di beritahu kepada Herliza,dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui rahsia dia sama ada Intan Sara mahupun Herliza.Namun sifatnya yang tidak suka menipu telah memerangkap dirinya sendiri.Menceritakan kepada Herliza umpama akan merobek luka lamanya.

“Dia…dia…” Hana Yasmin tergagap-gagap untuk memberitahu Herliza.
“Hana siapa dia?” soal Herliza untuk kedua kalinya.

Herliza membaca Nama yang terdapat dalam biodata akaun facebook yang terpampang dalam skrin komputernya tanpa di halang oleh Hana Yasmin. “Hafiz Zikir Qaleed” seru Herliza perlahan namun tetap dapat di tangkap oleh pendengaran Hana Yasmin.
“Hana Yasmin binti Qaleed,Hafiz Zikir bin Qaleed,ini bermakna dia abang Hana” soal Herliza sambil memandang tepat ke dalam mata Hana Yasmin untuk mendapatkan kepastian.

“Kenapalah aku tak perasan persamaan di antara mereka selama ini, ishhh asal la lembab sangat kau ni Herliza” marah Herliza dalam hatinya.sedangkan baru kali ini dia dapat melihat persamaan yang ketara di antara mereka,mungkin juga sebelum ini Hana Yasmin berambut panjang,selepas dia memotong rambutnya separas leher baru lah dia Nampak persamaan di antara mereka.

“Hana..Hana..” panggil Herliza sambil mengongcang bahu Hana Yasmin apabila tidak mendapat tindak balas Hana Yasmin.
“yer akak” jawab Hana Yasmin” perlahan.
“Cerita lah apa yang telah terjadi” suruh Herliza
Hana Yasmin perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya lalu bergerak kearah meja solek Herliza dan membelek-belek seketika wajahnya sebelum duduk semula  di atas katil Herliza bersama keluhan yang panjang.

“ya dia abang kandung Hana,abang yang telah membuang adik kandungnya sendiri kerana kesilapan yang dilakukan oleh adiknya 8 tahun lepas” cerita Hana dengan tenang.

Imbas kembali

Kelas tingkatan 1 Buhturi riuh pada tengah hari itu kerana ada pergaduhan di antara dua orang pelajar.Guru pula sedang menghadiri mesyuarat tergempar yang di adakan dalam pejabat sekolah.

“Ya Allah,Hana” Jerit Hafiz lantang apabila melihat Hana sedang menumbuk seorang pelajar lelaki dengan kedudukan Hana yang berada di atas pelajar lelaki tersebut memudahkan lagi dia membelasah pelajar itu bertalu-talu tanpa henti.Melihat kejadian tersebut Hafiz pantas menarik Hana dan cuba memberhentikan tindakan Hana dengan memeluk Hana dari arah belakang dan mengunci pergerakan Hana dengan kedua belah kakinya.Tubuh Hana yang kecil memudahkan lagi dia memberhentikan Hana daripada meronta.Dia dengan Hana amat mahir dengan seni persilatan kerana semenjak kecil arwah ayah mengajarinya.Walaupun sudah hampir setahun ayah mereka meninggal dunia Hafiz akan memastikan dia dan Hana meluangkan masa untuk berlatih bersama-sama agar seni warisan ayahnya tidak berkubur begitu sahaja.

“Hana tolong jangan ulangi lagi perbuatan itu tadi,nanti habislah musnah reputasi abang sebagai ketua pengawas sekolah dan pelajar cemerlang di sekolah ini” ujar Hafiz.

“Hana tak tahan dengar ejekan diorang yang mengatakan ibu kita janda sundal abang tahu tak?” ucap Hana geram.

“Biarlah Hana diorang nak cakap apa pun,lama-lama diorang penat diorang akan berhenti dengan sendirinya percayalah cakap abang” ucap Hafiz sambil mengosok-gosok kepala Hana.

“Abang,sundal tu sama dengan pelacur kan?” soal Hana separuh berbisik ke telinga Hafiz.

Hafiz terdiam,hati dia juga seperti Hana,sakit bagai di tusuk duri apabila ibunya di gelarkan sebegitu,begitu hina ke seorang janda yang bharu kematian suami bekerja sebagai buruh untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Namun untuk menjaga reputasi diri sebagai seorang pelajar cemerlang dia sanggup menelan segala tomahan yang di dengarinya.

“Jom lah kita balik hari pun dah lewat ni” Ajak Hafiz sambil menarik tangan Hana agar bangun dari tempat duduknya.

“auchhhh,Hana menjerit apabila Hafiz memaksa dia berjalan.
“Kenapa Hana?” soal Hafiz cemas.
“Kaki Hana sakit la abang Hafiz” adu Hana .

Hafiz pantas menarik kasut yang di pakai oleh Hana.
“Ya Allah bengkak nya,ni mesti kena masa bergaduh tadi,habis lah abang,apa yang abang nak jawab dekat ibu nanti dik” Hafiz di landa kebimbangan lebih-lebih lagi melihat bengkak di kaki Hana.

Hafiz mengurut perlahan kaki Hana,di lihat Hana tenang menahan kesakitan tidak ada setitik pun air mata yang menitis,hanya mukanya sahaja berkerut menahan sakit.Dia kagum dengan Hana membelasah budak yang lebih senior dari dia dengan tubuhnya yang kecil itu.

“Hana hari dah makin gelap ni,takkan kita nak tidur kat tepi sungai ni pulak” Ucap Hafiz sambil matanya melilau melihat alam sekeliling yang semakin kelam.
Hana cuba berdiri namun dia terduduk balik. “Abang,Hana tak boleh nak berdiri,sakit sangat”,adu Hana.

“Tadi hero sangat,hah sekarang baru tahu sakit” bebel Hafiz sambil menyuruh Hana menaiki belakangnya,dia terpaksa mengendong Hana pulang.

“Beratnyer adik abang ni,macam abang pikul tong gas jer” Hafiz menyakat Hana.
Beberapa minit berlalu Hana tetap diam membisu sehinggalah Hafiz mendengar dengkuran halus dari arah belakang mengertilah dia bahawa Hana sudah tertidur.Dia mengeleng-ngeleng kepala beberapa kali sambil tersenyum dengan telatah Hana yang mencuit hatinya.

Apabila sampai di rumah dia melihat ibunya sedang menunggu mereka di tangga rumah. “Ya Allah kenapa dengan Hana ni Hafiz?” soal Aisyah cemas.
Dia yang semenjak tadi menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah terkejut melihat Hafiz mengendong Hana di belakang.

“Hana jatuh tangga tadi bu kaki dia terseliuh” Hafiz terpaksa berbohong kepada ibunya,dia tidak mahu ibunya risau.
Malam itu Kaki Hana di urut oleh Aisyah



Takdir antara kita

 Bab 2

3 Tahun kemudian.

“Sarapan roti lagi Hana?” Tegur Intan setiausaha Dato Hisyam merangkap Boss mereka.

“Saya dapat makan roti pun dah bersyukur akak”,jawab Hana lirih.

Hatinya sentiasa sayu apabila melihat Hana,Di usia sebegitu pejabat ini bukan tempat dia,Hana sepatutnya berada di menara gading meraih cita-cita.
“Hana jom kongsi makan nasi lemak ni dengan akak nak?” Intan Sara mempelawa Hana.

“eh,tak apalah akak,Hana dah kenyang makan rotiii..” belum sempat Hana menghabiskan ayatnya sesudu nasi lemak berlaukkan kerang selamat di dalam mulutnya.
 “Thanks kak Sara” Hanya ayat itu mampu di ungkapkan oleh Hana. Pagi itu pantry riuh dengan suara mereka berdua..

Tiba-tiba pintu di bukak dengan kasar,lalu terjengul Marissa “Hoii,korang ingat pantry office ni bapak korang punya ke,makan berjam-jam bising mengalahkan binatang kat zoo”.

Intan Sara bangun untuk membalas kata-kata Marissa,namun pantas Hana Yasmin menarik tangan Intan Sara keluar dari situ.Dia tahu jika di layan perangai hantu si Marissa pasti nama dia akan di jaja lagi.
“kak Sara jangan layan sangat Hantu tu nanti tak pasal-pasal nama kita top bulan ni” Ujar Hana Yasmin sambil tersenyum.

 “What!!! Hana panggil dia hantu?” Intan Sara mengulang panggilan Hana kepada Marissa sambil ketawa.
“Sssssshhhh,perlahan la sikit gelak tu tak pasal-pasal dia muncul tiba-tiba kat sini,nama lagi hantu boleh muncul kat mana-mana jer yang dia suka” ujar Hana Yasmin sambil menutup mulut Intan Sara.

Tiba-tiba “Hoi budak tak pergi buat kerja lagi makan gaji buta jer tahu” jerkah Marissa yang muncul secara tiba-tiba membuatkan Hana Yasmin dan Intan Sara menjerit serentak kerana terkejut di sergah oleh Marissa dan lintang pukang mereka berlari dari situ sambil menjerit Hantuuuuuu….

 “Gila agaknya mereka berdua tu,aku yang cun ni diorang cakap hantu” Marissa membebel sendirian sambil membetul-betulkan rambutnya.

Hana Yasmin memulakan kerja dia pagi itu dengan penuh semangat ini kerana hari ini adalah hari gaji.Dalam dia asyik mengemop lantai tandas otaknya lincah mengira-ngira wang simpanan dalam akaunnya yang sudah hampir menjangkau 5 angka.Bagi dia angka-angka tersebut begitu berharga.Dia tersenyum simpul mengenangkan misinya akan tercapai tidak lama lagi.

“Kak Sara boleh tolong Hana tak? Soal Hana Yasmin sambil mengelip-ngelip mata sepetnya.

“Tolong apa” balas Intan Sara.
Semenjak dia mengenali Hana Yasmin,jarang sekali Hana Yasmin meminta pertolongan melainkan dia yang selalu menyusahkan Hana Yasmin.Hana Yasmin walaupun hanya seorang cleanear di pejabat mereka tetapi tanpa pengetahuan orang lain Hana Yasmin sering kali membantu nya menaip kertas kerja, pendek kata bijak pandailah orangnya.nampak macam minah yang tak berpelajaran.

“Hana nak minta tolong akak tempahkan tiket penerbangan pergi dan balik ke Rusia boleh”soal Hana yasmin perlahan.

“What,Rusia?” Intan Sara terkejut mendengar permintaan Hana Yasmin.
“Yelah,Rusia kenapa? Tukang sapu pejabat ni tak boleh pergi Rusia ke?” Soal Hana Yasmin kembali

Takdir antara kita


BAB 1

“Hana buat apa kat sini?”soal Hafiz dengan muka yang membengis.

Tidak di sangka Hana akan mencari dia sampai ke kolej.

 “Hana rindu abang,dah lama abang tak balik rumah,Hana risau kalau sesuatu yang buruk berlaku dekat abang”jawab Hana tersekat-sekat.Ingatkan Hafiz akan gembira apabila melihat dia,tetapi dia silap Hafiz masih marahkan dia setelah apa yang berlaku.

 “Abang tak suka Hana datang ke mari,abang tak nak ada orang tahu yang abang ada adik,semua kawan-kawan abang tahu yang abang anak yatim piatu.

“Abang...sampai hati abang buat Hana macam ni.Abang dah 5 tahun perkara tu berlalu Hana tahu Hana salah,Hana minta ampun susah ke abang nak maafkan salah Hana.Luah Hana sambil menahan sebak.

 “Sampai bila-bila pun abang takkan maafkan Hana, Hana bukan adik abang lagi dan abang tak nak Hana muncul depan abang lagi Faham!!! dah pegi balik” Jerkah Hafiz.

 “Abang.. Hana janji lepas ni Hana takkan gangu abang lagi” Hana berkata perlahan sambil menyapu air mata yang laju menuruni pipinya.
 “Tapi Hana harap abang sudi makan kuih ketayap kegemaran abang yang Hana buat sendiri” Hana terus membuka penutup bekas yang dibawanya.

“Abang dah tak makan kuih ketayap,lagi-lagi Hana yang buat abang tak nak la” Hafiz menepis bekas tersebut dari tangan Hana dan terjatuh di atas kasut yang di pakainya lalu Hafiz memijak-mijak kuih tersebut bagaikan jijik melihatnya.

Hana terkedu tanpa kata,dia tidak menyangka Masa telah merubah Abang yang paling penyayang kepada seorang yang pembengis.

“Sebelum itu abang nak bagi tahu dua bulan lagi abang akan sambung belajar di Moskow mungkin akan terus menetap di sana”.lalu Hafiz meningalkan Hana terkulat-kulat keseorangan tanpa belas kasihan.

Mereka tidak perasan ada mata yang melihat perlakuan mereka itu tadi dan hanya simpati terhadap si gadis melimpah ruah.Mungkin bergaduh di antara kekasih sangkanya.

Di sepanjang perjalanan pulang Hana tidak berhenti-henti menangis sambil memeluk bekas kuih yang di bawanya.Fikirannya tidak tenteram.Berpenat lelah dia megumpul duit untuk membeli tiket bas untuk berjumpa satu-satunya ahli keluarga yang dia punyai,tetapi tidak di sangka dia rupanya sebatang kara.
Sepanjang 5 jam perjalanan hanya air mata yang mengalir.Jiwanya kosong tidak tahu di mana harus mengadu.Di gagau tangannya ke dalam beg lalu menarik sekeping kertas,keputusan peperiksaannya yang cemerlang di tatap lama.Dia ingin berkongsi kejayaanya bersama Hafiz tetapi tidak kesampaian.


“emak…bawak la Hana bersama,abang Hafiz bencikan Hana.Hana keseorangan Hana menangis sambil memegang nisan yang tidak bernyawa itu.